Tiada Lagi Kes Aktif COVID-19, New Zealand Kini Tamatkan Perintah Berkurung
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
New Zealand menjadi negara pertama bebas dari kes aktif COVID-19 berikutan pesakit terakhir dijangkiti wabak itu kini diisytiharkan pulih dan dibebaskan dari pengasingan.
Perdana Menterinya Jacinda Arden mengumumkan New Zealand akan menamatkan perintah berkurung pada Isnin, 12 tengah malam waktu tempatan (New Zealand).
Ini menandakan rakyatnya yang berpopulasi lima juta orang itu, kini mampu menarik nafas lega kerana dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
“Bagaimanapun, tugasan kita masih belum selesai. Ia merupakan ‘perjalanan’ yang masih panjang lagi.”
Arden bagaimanapun menegaskan COVID-19 masih tetap diberikan perhatian kerana penularan dan pertumbuhannya di seluruh dunia.
Namun Arden menegaskan, sempadan negara masih tetap ditutup. Buat masa ini, hanya warganegara dan penduduk, dengan beberapa pengecualian, dibenarkan masuk ke negara tersebut.
Menurut pakar, beberapa faktor telah membantu negara tersebut membendung penularan COVID-19, termasuk lokasinya yang terpencil, diikuti dengan kepimpinan yang ditonjolkan oleh Perdana mMenterinya, yang melaksanakan perintah berkurung yang ketat sejak awal wabak tersebut merebak.
New Zealand sebelum ini dilaporkan, mempunyai 1,154 kes positif dengan 22 kematian dilaporkan.