Tidak, COVID-19 Tidak Berasal Dari Lab Wuhan – Hasil Dari Penyelidikan Pakar
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Walaupun pelbagai pihak dari Amerika Syarikat menuduh virus COVID-19 ini dihasilkan dari sebuah lab di Wuhan, Saintis akui bahawa masih tiada bukti yang kukuh untuk menyokong dakwaan itu memandangkan manusia tidak cukup bijak untuk mencipta virus ini.
Sebaliknya, terdapat banyak bukti kuat yang mampu menyokong hipotesis mengenai virus ini telah berkembang secara semula jadi.
Para saintis percaya nenek moyang dulu langsung tidak mengenal coronavirus yang dikatakan hidup di dalam kelawar dan haiwan lain sekaligus menolak tuduhan bahawa virus ini berasal dari pasar eksotik di China.
“Ia penjelasan paling pelik.”
Jawatankuasa juga memberitahu bahawa COVID-19 ini sangat sukar diramal dan ianya virus yang berbeza dengan apa yang ditemui dan disimpan di makmal.
Selain itu, Profesor Robertson juga percaya bahawa penemuan sampel COVID-19 yang dikatakan berusia 40 hingga 50 tahun dijumpai di makmal Wuhan adalah sebuah penipuan, memandangkan tiada bukti yang mampu menjelaskan teori konspirasi itu.
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, menunjuk kemungkinan pesakit COVID-19 di Wuhan mungkin dijangkiti dari kelawar.
Tetapi virus itu sendiri telah menjalani beberapa perubahan genetik utama untuk menjangkiti manusia. Kemungkinan besar, alam semula jadi yang menciptanya.
Foto : Forbes, Metro Uk