Tomok dan Siti Nordiana Akan Buat Persembahan Eksklusif di Kapal Persiaran Genting Dream
- oleh Atie Amirudin
- 4 bulan lalu

Penyanyi terkenal Malaysia, Tomok dan Siti Nordiana, bakal mencipta sejarah dengan persembahan eksklusif mereka di atas pentas lautan menerusi program LIVE MUSIC @ SEA.
Persembahan istimewa ini akan berlangsung sempena pelayaran 3 hari 2 malam dari Singapura ke Melaka di atas kapal persiaran Genting Dream, dari 19 hingga 21 Januari 2025.
Para peminat berpeluang menikmati persembahan duet istimewa mereka di panggung moden Zodiac, yang mempunyai kapasiti hanya 999 penonton.
Persembahan selama sejam ini dijadualkan pada 20 Januari 2025, di mana Tomok dan Siti Nordiana akan menyanyikan lagu-lagu popular mereka termasuk lagu duet hits terbaru, “Memori Mungkin Berulang”.
Harga pakej pelayaran ini termasuk tiket persembahan bermula serendah RM 899 (SGD 269) seorang.
Tambahan pula, peminat bertuah juga berpeluang menghadiri sesi Meet & Greet bersama kedua-dua penyanyi tersebut sepanjang pelayaran.
Sebagai kapal pesiaran mesra halal pertama di dunia yang mematuhi Standard OIC/SMIIC, Genting Dream menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelancong Muslim, termasuk restoran halal, ruang solat, serta hidangan vegetarian dan Jain di restoran The Lido.
Kapal ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk tetamu, termasuk taman tema air dengan gelongsor, laluan tali dan zipline, aktiviti rekreasi keluarga, serta persembahan pentas antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, layari laman web www.rwcruises.com.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan persembahan pertama Tomok dan Siti Nordiana di lautan!