Seorang wanita telah memuat naik hantaran video rasa tidak puas hati apabila Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah merobohkan struktur rumahnya di Bukit Rahman Putra pada Khamis lalu.
Menurut wanita itu MPS tetap merobohkan struktur rumahnya walaupun mahkamah telah memberinya perintah bagi tujuan penangguhan.
“Jam 9 pagi, MPS merobohkan rumah saya, mereka tidak mahu memberikan kerjasama walaupun peguam telah mendapat perintah mahkamah tetapi MPS tetap berdegil.
“Rayuan saya tidak diterima dengan alasan jiran membuat aduan,” kongsinya menerusi aplikasi TikTok.
Menerusi video yang dikongsikan wanita itu (namun dia sudah private akaunnya), perobohan tersebut melibatkan bahagian balkoni dan tembok pagar rumahnya.
Wanita itu berkata dia telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh selepas kejadian perobohan struktur renovation rumah berkenaan.
Bagaimanapun, menurut MPS berkata operasi itu dilaksanakan ekoran kesalahan binaan struktur tanpa kebenaran, petik Sinar Harian.
“Tindakan perobohan ini diambil selepas beberapa notis di bawah Seksyen 72 Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 dikeluarkan,” katanya.
Pada masa sama, MPS meminta orang ramai tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi berhubung operasi tersebut.