Empat anggota tentera Indonesia (TNI) terbunuh selepas helikopter MI-17 milik TNI terhempas di Kaliwungu, Kecamatan Kendal, di Jawa Tengah.
Ketua Penerangan TNI, Brig Jeneral Nefra Firdaus, dalam satu kenyataan hari ini, berkata dalam kejadian 1.40 petang tadi itu, helikopter berkenaan dinaiki sembilan anggota TNI, dalam misi latihan penerbangan.
“Helikopter yang terhempas dan terbakar itu mengakibatkan lima lagi anggota tentera cedera manakala punca kejadian nahas helikopter buatan Russia itu masih dalam siasatan,” katanya.
Tambah beliau, helikopter terbabit sudah menjalani pemeriksaan pra penerbangan dan disahkan berada dalam keadaan baik. – AFP
Komen
Loading...