Ikuti Kami:

vivo V50 Lite 5G: Telefon Pintar Ultra Nipis dengan Bateri BlueVolt 6500mAh Paling Tahan Lama

vivo V50 Lite 5G: Telefon Pintar Ultra Nipis dengan Bateri BlueVolt 6500mAh Paling Tahan Lama

vivo Malaysia hari ini memperkenalkan model telefon pintar terbaharunya, vivo V50 Lite 5G, yang menampilkan bateri berteknologi tinggi BlueVolt 6500mAh dalam rekaan ultra nipis hanya 7.79 milimeter, menjadikannya peranti bateri besar paling nipis pernah dihasilkan syarikat itu.

Dipasarkan pada harga RM1,299, vivo V50 Lite 5G menyasarkan pengguna yang mengutamakan ketahanan bateri, pengecasan pantas dan rekaan bergaya.

Menerusi inovasi bateri BlueVolt, peranti ini mampu menawarkan sehingga 27.4 jam tontonan YouTube atau lebih 15 jam penggunaan TikTok dengan satu cas penuh.

Menurut vivo, bateri BlueVolt ini dibangunkan dengan teknologi seperti Carbon Recomposition, Electrode Reshaping dan Laser Etching, yang membolehkannya menjadi lebih padat, cekap serta stabil.

Ia turut menawarkan ketahanan luar biasa dengan jaminan kapasiti 80 peratus selepas 1,700 kitaran pengecasan, serta mampu berfungsi dalam suhu ekstrem antara -20°C hingga 50°C.

Telefon pintar ini juga dilengkapi teknologi pengecasan pantas FlashCharge 90W, yang membolehkan pengguna mengecas sebanyak 20 peratus dalam masa hanya 7.5 minit, manakala pengecasan penuh mengambil masa sekitar 52.5 minit.

Fungsi pengecasan songsang turut tersedia, menjadikan vivo V50 Lite 5G sebagai sumber kuasa mudah alih kepada peranti lain.

Walaupun menawarkan kapasiti bateri besar, vivo tetap mengekalkan rekaan nipis dan bergaya, dengan paparan P-OLED 6.77 inci, nisbah skrin-ke-badan 94.2 peratus, serta perlindungan cahaya biru untuk keselesaan penggunaan jangka panjang. Tiga pilihan warna disediakan iaitu Titanium Gold, Phantom Black, dan Fantasy Purple.

Bermula sekarang hingga 2 Jun 2025, pengguna yang membeli vivo V50 Lite 5G di Kedai Konsep vivo akan menerima pelbagai tawaran menarik termasuk rebat tunai RM100, vivo Buds bernilai RM129, waranti lanjutan 1+1 tahun, waranti bateri selama lima tahun, perlindungan skrin selama 180 hari, dan waranti berbilang wilayah untuk ketenangan ketika melancong.

Selain itu, diskaun RM100 melalui SpayLater, pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan, dan kemudahan tukar beli turut ditawarkan.

Bagi memperkenalkan ketahanan bateri BlueVolt kepada orang ramai, vivo turut melancarkan cabaran TikTok #BlueVoltBatteryMissionMY yang berlangsung dari 1 hingga 18 Mei 2025, yang mengajak pengguna berkongsi bagaimana mereka memanfaatkan hayat bateri luar biasa peranti ini.

Pemenang berpeluang memenangi hadiah eksklusif termasuk sebuah unit vivo V50 Lite 5G baharu.

Untuk maklumat lanjut mengenai vivo V50 Lite 5G dan spesifikasinya, pengguna boleh melayari laman rasmi vivo Malaysia atau mengikuti akaun rasmi syarikat itu di Facebook dan Instagram.

Komen
Loading...