“Ya Allah Terima Kasih Kerana Memberi Pinjaman Kekasih-Kekasih Hati” – Ashraf Bersyukur Beraya Bersama Dua Isterinya
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Selain mengabadikan momen famili, bintang ini turut memberikan menitip dedikasi teristimewa buat anak-anak serta dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Perkara itu dikongsi Ashraf menerusi salah satu entri di Instagram buat tatapan umum. Jelasnya, setiap kali tibanya raya, ia pasti akan ‘membawa’ cerita yang berbeza.
“Setiap kali raya memang ditunggu-tunggu sbb setiap tahun akan membawa cerita yg berbeza-beza.
“Alhamdulillah dalam keadaan pkp AM sangat bangga dan sangat berterima kasih kepada mama ibu kerana bertungkus lumus bersama-sama meraikan Hari Raya kali ini dgn bahagianya.
“Malam raya dah sibuk masak, Pagi-pagi raya makan rendang ayam dan kuah kacang yg sedap sgt sampai kami anak beranak dah malas nak keluar.. heheh boleh buat berniagalah lepas ni heheh.. sampai solat raya pun kul10.30 pagi,” tulisnya.
Pada masa sama, Ashraf turut memohon doa yang terbaik dariNya buat insan-insan tersayang dalam hidup.
“Anak-anak pulak happy sgt sampaikan terpaksa berperang ngn anak-nak dulu utk siapkan dierg.. tapi itulah moment yg indah semasa mereka kecil nih.
“Ya Allah terima kasih kerana memberi pinjaman kekasih-kekasih hati AM yang sentiasa bersama-sama dgn AM selama ini.
“Ya Allah tenangkanlah hati mereka dan bahagiakanlah mereka bersamaku dan tingkatkan darjat isteri-isteriku ini dimatamu ya Allah, amin. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin,” titip Ashraf lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut mendoakan yang terbaik selain mengucapkan salam Aidilfitri buat Ashraf sekeluarga.
Terdahulu, Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 dan kemudiannya berkahwin dengan dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013.
Ashraf turut dikurniakan empat cahaya mata menerusi dua perkahwinan berkenaan.
Foto: Instagram Ashraf Muslim