Zed Zaidi Dilantik Sebagai AJK Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan & Data Industri FINAS
- oleh Samad Mohd
- 4 tahuns lalu
Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Hal Ehwal warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Presiden Persatuan Seniman (Seniman), Zed Zaidi kongsi berita tersebut di laman Instagramnya.
Menurut Zed, pelantikan tersebut dibuat hasil kata sepakat dalam Mesyuarat Khas Ahli Perbadanan pada 18 Jun 2020.
Zed menerusi pekongsian di laman berkenaan turut mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia dan FINAS.
“Alhamdulillah saya akan menjaga amanah dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Terima Kasih KEMENTERIAN KOMUNIKASI MULTIMEDIA MALAYSIA & FINAS.”
Tambah Zed, dirinya akan terus memperjuangkan hak kebajikan anak seni seperti yang dilakukan pihak Seniman sebelum ini. Malah selain kebajikan, beliau juga akan memberi fokus kepada benda-benda lain secara menyeluruh.
Disoal andai wujud pihak mempertikaikan jawatannya dalam FINAS, Zed menyatakan beliau langsung tidak peduli tohmahan orang terutamnya yang bersifat negative sejak dulu lagi.
“Bagi saya, kalau tak ada orang yang mengecam maknanya tak nampaklah perjuangan kita tu.”
Zed bagaimanapun turut menzahirkan ucapan terima kasih buat Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), CEO FINAS dan Majlis Tertinggi FINAS kerana mengambil tahu tentang kerja yang dilakukan pihaknya sebelum ini.
“Sekurang-kurangnya perjuangan kita (Seniman) selama ini diiktiraf oleh FINAS dan Kementerian, jadi saya amat bangga dengan pencapaian yang telah kita buat sebelum ini.”
Malah, mengakui pengiktirafan ini akan menjadi contoh kepada orang lain untuk melakukan lebih baik pada masa akan datang.
Sumber: Gempak.