Mövenpick KLIA Himpun Lebih 100 Menu Buffet Ramadan ‘Pesona Selera Ramadan’
- oleh Gerbang Daily
- 13 Mar 2026 1:25 pm
Mövenpick Hotel & Convention Centre KLIA (Mövenpick KLIA) menawarkan pengalaman berbuka puasa yang luar biasa tahun ini dengan menghimpunkan lebih 100 pilihan menu melalui buffet ‘Pesona Selera Ramadan’.
Sajian yang disediakan bukan sahaja menonjolkan kepelbagaian warisan kulinari Malaysia, malah turut diperkaya dengan seleksi hidangan antarabangsa bagi memenuhi selera tetamu yang pelbagai.
Antara tarikan utama yang menjadi tumpuan ialah Kambing Golek, hidangan klasik Ramadan yang diperap dengan adunan rempah ratus aromatik seperti herba rosemary, bawang putih, jintan putih, dan paprika sebelum dipanggang perlahan untuk memastikan tekstur daging yang lembut.

Hidangan ini disajikan secara terus kepada tetamu di stesen ukiran (carving station) yang disediakan secara langsung.
Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengurus Besar Mövenpick KLIA, Rudy Fajar berkata, penganjuran tahun ini turut diperkukuhkan lagi melalui kolaborasi strategik bersama jenama sos halal terkemuka, Mahsuri Dagang Sdn. Bhd.
“Ini merupakan tahun kedua berturut-turut kami bekerjasama dengan Mahsuri. Penggunaan produk seperti sos tiram dan kicap Mahsuri dalam penyediaan hidangan kami bukan sahaja meningkatkan keaslian rasa, malah mencerminkan komitmen kami dalam mengekalkan kualiti dan citarasa warisan sepanjang bulan suci ini,” katanya.
Selain kepelbagaian lauk-pauk, hotel ini turut memperkenalkan pakej ‘Taraweehcation’ bermula dari RM680+ semalam, yang merangkumi penginapan, sahur, dan buffet iftar bagi memberi peluang kepada tetamu beribadah dalam suasana yang tenang dan selesa jauh dari hiruk-piruk kota.

Dalam masa yang sama, Mövenpick KLIA turut menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui Program Ihya’ Ramadan yang menyantuni kira-kira 150 penerima sumbangan termasuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), dan anak-anak yatim asnaf dari lima pusat jagaan sekitar Selangor.
Buffet Pesona Selera Ramadan ini akan berlangsung setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam di Pusat Konvensyen Mövenpick KLIA sehingga 18 Mac 2026.
Harga buffet ditawarkan pada kadar RM158+ untuk dewasa dan RM85+ untuk kanak-kanak (7 hingga 12 tahun). Manakala bagi sambutan Syawal, hotel ini bakal menganjurkan Buffet Hi-Tea Hari Raya pada 21 dan 22 Mac depan.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian +6010-220 5812 atau +603-8661 8661.




