Hiburan

Kembali selepas 14 tahun, Evanescence ubat rindu peminat rock tempatan Sabtu ini

Oleh

Kembali selepas 14 tahun, Evanescence ubat rindu peminat rock tempatan Sabtu ini

Belum sempat reda bahang konsert My Chemical Romance (MCR) minggu lalu, peminat muzik rock dan ‘jiwa emo’ tanah air bakal sekali lagi dihiburkan dengan kehadiran kumpulan rock gothic terkenal, Evanescence pada Sabtu ini.

Menerusi konsert Evanescence Live in Kuala Lumpur 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 28 November ini, kumpulan yang diterajui vokalis bervokal lantang, Amy Lee itu kembali menemui peminat tempatan selepas 14 tahun.

Lebih istimewa, Kuala Lumpur dipilih sebagai satu-satunya destinasi di Asia Tenggara bagi siri jelajah persembahan mereka kali ini.

Konsert anjuran Hello Universe itu juga bakal diserikan dengan penampilan penyanyi sensasi, Poppy sebagai artis jemputan khas yang akan membawakan sentuhan muzik alternatif serta metal generasi baharu di pentas sama.

Sejak mencipta fenomena global menerusi album Fallen pada tahun 2003 dan merangkul dua trofi Anugerah Grammy setahun kemudian, Evanescence menjadi sebahagian daripada memori membesar generasi era 2000-an.

Justeru, kemunculan semula mereka dijangka mengubat kerinduan peminat yang membesar dengan lagu-lagu berhantu kumpulan itu seperti Bring Me to Life, My Immortal dan Going Under sebelum melabuhkan tirai tahun 2026.

Bagi peminat yang masih belum mendapatkan pas masuk, tiket masih berbaki bermula pada harga RM199 dan boleh dibeli menerusi laman web rasmi golive-asia.com.