Bisnes

“New Style, Big Value”: SSFHOME Tawar Peluang Transformasi Kediaman Lebih Bergaya dan Berbaloi

Oleh

“New Style, Big Value”: SSFHOME Tawar Peluang Transformasi Kediaman Lebih Bergaya dan Berbaloi

Jenama kelengkapan dan hiasan dalaman rumah terkemuka, SSFHOME, terus memperkukuh komitmennya kepada rakyat Malaysia menerusi pelancaran kempen terbaharu bertajuk “New Style, Big Value”.

Kempen berkenaan direka khusus bagi membantu masyarakat menzahirkan impian memiliki kediaman yang cantik, selesa dan bergaya moden tanpa perlu berbelanja di luar kemampuan.

Menurut kenyataan pihak pengurusan, rumah bukan sekadar tempat berteduh, malah ia adalah ruang peribadi yang mencerminkan gaya hidup serta personaliti setiap keluarga.

“Melalui kempen ‘New Style, Big Value’, SSFHOME membuktikan bahawa kediaman yang bergaya tidak semestinya mahal. Setiap koleksi dipilih secara teliti bagi menggabungkan reka bentuk moden, fungsi praktikal dan nilai harga yang berpatutan untuk semua,” menurut kenyataan itu.

Bersempena kempen ini, SSFHOME turut menawarkan pelbagai promosi menarik termasuk diskaun istimewa sehingga 50 peratus bagi produk terpilih, di samping produk pilihan bulanan pada nilai terbaik khas buat ahli VIP SSFHOME.

Menjangkau pengalaman lebih tiga dekad dalam pasaran tempatan, SSFHOME kekal menjadi destinasi kepercayaan rakyat Malaysia merangkumi pelbagai golongan—daripada pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga hinggalah keluarga yang ingin menaik taraf ruang kediaman mereka.

Sokongan berterusan daripada pelanggan turut diterjemahkan menerusi prestasi perniagaan syarikat yang kukuh, sekali gus menjadi bukti keyakinan pengguna terhadap kualiti produk dan perkhidmatan yang disediakan.

Orang ramai dijemput berkunjung ke mana-mana cawangan SSFHOME di seluruh negara atau melayari laman sesawang rasmi di www.ssfhome.com bagi menikmati pelbagai tawaran menarik sempena kempen berkenaan.