Akibat Bawak Pergi RXZ Member, ‘Baby’ Disahkan Jangkitan Kuman Ekoran Hidu Asap
- oleh Samad Mohd
- 3 bulan lalu
Langit tidak selalu cerah apabila seorang individu mendedahkan dia mempunyai pengalaman gelap dengan acara RXZ Member yang diadakan pada beberapa tahun lalu.
Menerusi TikTok @asrul9zero, dia bercerita yang dirinya tidak akan membawa anak kecilnya lagi selepas terdapat insiden yang mendorong kepada masalah kesihatan sehingga perlu mendapat rawatan di wad.
Difahamkan kejadian tersebur berlaku pada acara RXZ Member 4.0 yang mana dia bersama isteri dan bayi yang masih kecil datang ke lokasi yang ditetapkan.
Pada mulanya semua baik sahaja tetapi selepas itu anaknya terpaksa dibawa ke hospital kerana disyaki dijangkiti kuman pada paru-paru.
Hal ini berpunca daripada terhidu asap 2T yang dihasilkan menerusi ekzos jentera RXZ pada acara terbabit.
Akibatnya, bayi miliknya terpaksa ditahan selama 7 hari di wad untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Nasib baik menyebelahi lelaki ini kerana anaknya tidak mengalami masalah serius dan terus memilih untuk tidak menyertai acara tersebut dengan membawa bayi selepas itu.
Kalau pergi pun, lelaki ini akan meninggalkan anaknya kepada nenek untuk dijaga sementara menyertai acara permotoran mega itu.
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan segelintir ibu bapa yang memandang remeh perihal keselamatan bayi mereka kerana terdedah kepada cuaca panas dan asap toksik yang berbahaya ketika acara itu.