Ikuti Kami:

DBKL Beri Tempoh 14 Hari kepada Pemilik Premis untuk Turunkan Papan Iklan Tulisan Cina di Jalan Imbi

DBKL Beri Tempoh 14 Hari kepada Pemilik Premis untuk Turunkan Papan Iklan Tulisan Cina di Jalan Imbi

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberi arahan kepada lima pemilik premis di Jalan Imbi untuk menurunkan papan iklan bertulisan Cina dalam tempoh 14 hari.

Tindakan ini diambil setelah didapati bahawa semua premis tersebut melanggar Undang-undang Kecil Iklan (WP) 1982, yang meminggirkan penggunaan bahasa kebangsaan pada papan iklan mereka.

DBKL menegaskan bahawa peraturan ini bukanlah baru, tetapi masih ada premis di kawasan Bukit Bintang yang tidak mematuhi ketetapan tersebut.

“Masih ada yang tidak faham atau buat-buat lupa tentang kepentingan bahasa Malaysia,” ujar mereka dalam kenyataan.

Dalam usaha mengingatkan pemilik premis tentang peraturan ini, DBKL turut turun padang setelah satu video tular di media sosial menunjukkan situasi tersebut.

“Ya, nampaknya mereka lebih gemar mempamerkan bahasa lain. Tak apa, kita bantu ingatkan mereka dengan kompaun dan notis penguatkuasaan,” tambah mereka.

DBKL memberi amaran bahawa jika papan iklan tersebut tidak diturunkan dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan selanjutnya akan diambil.

Komen
Loading...