Ikuti Kami:

Nabila Huda Menitipkan Ucapan Istimewa Buat Permata Hati

Nabila Huda Menitipkan Ucapan Istimewa Buat Permata Hati

Pelakon popular, Nabila Huda mengundang sebak apabila menitip ucapan sempena hari kelahiran anak perempuannya Keisha Laila.

Nabila mengimbau kembali memori daripada detik bersalin sehinggalah kedua-duanya menjalani kehidupan seharian setiap hari.

Jelasnya yang mesra disapa Abil, walaupun cara dia membesarkan Keisha tidak seperti ibu lain memandangkan waktu kerjanya yang tidak menentu, namun si anak tetap memahami dan tidak pernah mempersoalkannya.

Malah anak tunggalnya itu menjadi tempatnya mengadu, menangis dan sentiasa ringan tulang membantu.

“Dear keisha Laila. You’re 10 years old today. Cepat betul masa berlalu sayang.
“You know everytime mummy tengok keisha membesar,mummy Mesti teringat masa mummy jaga keisha dulu. Dari moments beranak kan keisha sampai lah skarang.

“Banyak sangat keadaan yang keisha kena lalui. Mummy tau cara mummy besar kan keisha tak macam mak orang lain. Masa yang mummy ada setiap hari Untuk keisha pun sangat limited sebab most of the time mummy kerja.

“And I always explain to you kerjaya mummy kena banyak berkorban. Especially waktu. You sentiasa faham. Tak pernah skali pun you question,you menangis,you sedih.Ni lah benda yang paling mummy jadi sebak bila teringat.

“Terima kasih keisha sebab sentiasa bagi peluang Untuk mummy buat benda yang paling mummy sayang. You know how much I love my career.

“Walaupun mummy kerja, mummy cuba sedaya upaya Untuk bersama dengan keisha. Keisha lah yang selalu teman mummy Pergi mana-mana,you’re my sleeping partner, my bestfriend, my shoulder to cry, my drama queen,tempat mummy nk bergaduh.

“Mummy selalu ingat dulu bila mummy Nak confess something,keisha lah orang pertama mummy akan mengadu..especially bila mummy rasa down, walaupun you’re still baby masa tu! We talked,we laughed.

“I tak penah imagine akan ada Anak yang bijak macam you..Keisha membesar jadi seorang yang matang ,Anak yang berbudi bahasa, yang faham Di kala mummy tengah susah and sentiasa ringan kan tangan Untuk membantu bila mummy memerlukan.

“You’re such a lovely and caring daughter! Berapa panjang mummy type pun caption ni,tak cukup Utk mummy explain how much I love you,how proud i am to be your mother.. I am very thankful to have you in my life keisha.

“Takde Siapa yang boleh pisahkan kite berdua sampai bila-bila ! Mummy sentiasa doakan keisha success dengan apa pun yang keisha buat dalam Hidup.

“Happy birthday anakku! I love you always and always,” kongsi bintang M4M4 ini.

Terdahulu, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila.

Dia kemudian berkahwin dengan Mohd Izwan Johar pada Disember 2015.

Foto : Instagram Nabila Huda

Komen
Loading...