Ikuti Kami:

Selepas Meninggalkan Kumpulan Dolla, Syasya Rizal Dikhabarkan Sudah Sah Bernikah?

Selepas Meninggalkan Kumpulan Dolla, Syasya Rizal Dikhabarkan Sudah Sah Bernikah?

Sebelum ini, bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal telah mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan pengunduraan dari kumpulan tersebut. Kini, namanya kembali menjadi perhatian netizen apabila didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan sang suami.

Berdasarkan satu Instagram story yang dimuat naik oleh fanpage Dolla, terlihat penyanyi itu didakwa bersama suaminya sedondon berbusana serba putih di dalam sebuah masjid. Gambar tersebut dipercayai diambil ketika majlis pernikahannya.

Bukan itu sahaja, kepingan gambar itu juga disertakan dengan ucapan tahniah daripada peminat Syasya ini. Katanya, dia mendoakan kesejahteraan perkahwinan mereka dan meminta suami Syasya menjaganya dengan baik.

Tahniah Syasya. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Kepada suami awak, please jaga Syasya kita orang baik-baik okay. IDolla love her and miss her so much.

Terdahulu, Syasya, atau nama sebenar Noor Syasya Afiqah Shahrizal telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut atas sebab peribadi. Tak lama kemudian, penyanyi ini muncul dengan penampilan barunya yang sudah bertudung.

Komen
Loading...