Ikuti Kami:

Bekas Pelumba Negara Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak, Ditikam – Polis

Bekas Pelumba Negara Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak, Ditikam – Polis

KANGAR: Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, disebabkan kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam selepas terbabit dengan pergaduhan di Kangar dalam kejadian jam 9 hingga 10 malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat sekitar jam 11.13 malam yang memaklumkan berlakunya kejadian pergaduhan di taman perumahan berkenaan

“Berdasarkan maklumat yang kita terima berlaku pergaduhan membabitkan empat individu termasuk mangsa di laluan masuk persimpangan jalan Taman Behor Gonchar Jaya.

“Apabila anggota polis sampai di tempat kejadian, didapati mangsa dan tiga lagi individu yang terbabit dalam pergaduhan itu sudah pun dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk menerima rawatan.

“Namun mangsa (Elly Idzlianizar) bagaimanapun meninggal dunia sekitar jam 12.30 tengah malam semalam (Rabu) akibat mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan tangan dipercayai kerana ditetak menggunakan senjata tajam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, di sini pada Khamis

Katanya, susulan daripada itu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kangar dibantu Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis menahan tiga lelaki berusia antara 28 hingga 51 tahun yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu di beberapa lokasi berasingan di sekitar Kangar.

Allhayarham Elly Idzlianizar Elias cukup dikenali sebagai pelumba yang berbakat besar di mana beliau mula mencipta nama di arena perlumbaan tempatan Cub Prix.

Komen
Loading...