Nasional
                                            
                                                
                                                    
                                                
                                                   
                                                
                                            
                                        
                                        COVID-19: 7 Kes Positif 1 Penularan Tempatan Bukan Warganegara
- oleh Gerbang Daily
 - 9 Jun 2020 6:40 pm
 
                                        Sebanyak tujuh kes dilaporkan, iaitu enam kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan satu kes penularan tempatan bukan warganegara.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah sembuh itu yang tertinggi pernah dicatatkan setakat ini.
Katanya, sebanyak 281 kes sudah pulih dari COVID-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 6,975 kes atau 83.67 peratus dari keseluruhan kes.

Katanya, dengan pertambahan kes baharu itu ia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,336 kes dengan jumlah kebolehjangkitan sebanyak 1,244 kes.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut melaporkan tiada pertambahan kes kematian disebabkan COVID-19 dan jumlahnya kekal sebanyak 117 kes.
Komen
Loading...
 
                                   
                            



