COVID-19: Beijing “Lockdown” Semula Selepas Muncul Kluster Baru Di Pasar Borong
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Beberapa daerah di Beijing telah kembali “lockdown” semula setelah kemunculan kluster jangkitan COVID-19 terbaru yang muncul hampir dua bulan setelah ibu kota China itu berjaya mengawalnya.
Kemunculan semula wabak tersebut dilaporkan di pasar makanan borong utama, menimbulkan persoalan berkenaan penduduk di China seolah tidak mengambil pengajaran dan iktibar daripada penyebaran wabak yang berlaku sebelum ini.
Berdasarkan laporan daripada 517 individu yang diuji, 45 daripadanya disahkan positif COVID-19. Lebih menakutkan, kebanyakan individu-individu yang diuji tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19.
Mengulas mengenai punca penyebaran wabak COVID-19 di pasar borong utama ini, dikatakan papan pemotong ikan salmon yang tidak bersih.
Kebimbangan ini turut mendesak beberapa restoran di China tidak lagi mengambil ikan salmon buat sementara waktu bagi mengelakkan daripada lebih ramai individu dijangkati wabak COVID-19.
Sehubungan dengan itu, kerajaan China telah mengumumkan perintah darurat atau lockdown di daerah tersebut sehingga penyebaran rantain COVID-19 di daerah tersebut putus. Selain itu, 11 kawasan kejiranan sekitar pasar borong utama ini telah dipagar dengan kawalan ketat 24 jam.
Melihat kepada perkembangan kes yang menular di China, negara tersebut turut mengambil langkah berjaga-jaga sebelum berlakunya gelombang baharu yang pastinya mengancam lebih ramai nyawa warga China serta penduduk luar.
Foto : Agensi