Ikuti Kami:

Melly Goeslaw Gamatkan Axiata Arena Dalam Konsert Prom Nite Penuh Nostalgia

Melly Goeslaw Gamatkan Axiata Arena Dalam Konsert Prom Nite Penuh Nostalgia

Selepas sekian lama tidak beraksi di Malaysia, penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw, akhirnya kembali menghiburkan peminat menerusi konsert “Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite” yang berlangsung meriah di Axiata Arena, malam tadi.

Konsert yang bermula jam 8.30 malam itu menyatukan lebih 8,000 peminat dari pelbagai peringkat umur, yang hadir lengkap bergaya mengikut tema “Dress To Kill”.

Suasana dewan berubah menjadi seolah-olah majlis prom penuh glamor, dengan lampu indah dan susun atur pentas yang memukau.

Melly membuka pentas dengan lagu Ku Bahagia dalam versi orkestra, yang terus menghidupkan suasana nostalgia. Lagu-lagu popular seperti Ingin Mencintai dan Dicintai, Pecinta Wanita, Malam Pertama, Suara Hati Seorang Kekasih, dan Sampai Kumenutup Mata menyusul, membawa penonton menyelami kenangan lama.

Antara lagu yang turut dinyanyikan ialah Jika, Gantung, Cinta Sejati, dan medley lagu Bimbang serta Denting yang begitu menyentuh perasaan.

Melly juga menyampaikan lagu Cinta, serta medley lagu-lagu ikonik Malaysia seperti Janji Manis (Aishah), Betapa Kucinta Padamu (Siti Nurhaliza), dan Isabella (Search) yang mendapat sorakan gemuruh.

Suasana menjadi lebih meriah apabila Melly menyanyikan lagu Dimana Malumu, Hanya Memuji, Tentang Seseorang, dan Berdua Lebih Baik. Dua lagu istimewa, Jangan Pernah Berubah dan Bunda, dinyanyikan oleh penyanyi muda Dinda Ghania, menambahkan elemen segar dalam persembahan.

Kejutan turut berlaku apabila pelakon terkenal Nicholas Saputra tampil membaca puisi dari filem Ada Apa Dengan Cinta, mencetuskan suasana penuh emosi dalam dewan.

Segmen penutup konsert diserikan dengan lagu-lagu rancak seperti Ada Apa Dengan Cinta, Ratusan Purnama, Tak Tahan Lagi, Let’s Dance Together, dan Hey Ladies.

Melly menutup konsert dengan lagu-lagu penuh semangat seperti Salah, Bagaikan Langit, I Just Wanna Say, dan Demikianlah sebagai penutup yang penuh bergaya.

FOTO: BANGSAWAN PICTURES.

Komen
Loading...