Lama mendiamkan diri, akhirnya Ruhainies tampil dalam satu sesi temubual bersama Melodi TV3 menceritakan kemelut yang sedang berlaku terhadapnya ketika ini.
Ruhainies berkata dia tidak kisah dirinya dibenci atau dicaci, kini aktres tersebut hanya mahu menyelesaikan segala kontroversi dan mahu kembali tenang.
Sekarang saya rasa saya dah tidak boleh delayed. Saya nak berdamai dan tiada apa-apa sengketa dengan Bella Astillah dan dengan sesiapa pun. Dan saya ingin meminta maaf secara terbuka dalam isu ini.
Katanya, alasan tidak menghubungi Bella selepas kejadian khalwat kerana ketika itu dirinya masih dalam keadaan trauma.
Few weeks tu saya dah hubungi Bella tapi dia tak reach dan saya tidak mahu mendesak kerana saya juga faham the situation, dia marah.. takkan lah saya nak keep pushing her.