Ikuti Kami:

Menteri Besar Kedah Memohon Keampunan kepada Sultan Selangor

Menteri Besar Kedah Memohon Keampunan kepada Sultan Selangor

SHAH ALAM – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, secara terbuka memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berhubung kenyataan yang didakwa menghina baginda pada 11 Julai 2023 di Gombak.

Permohonan maaf ini disampaikan dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman.

“Patik, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah memohon keampunan Sultan Sharafuddin Idris Shah.”

Beliau mengakui kata-katanya telah menimbulkan rasa tidak selesa dan mengguris hati baginda.

Beliau juga menekankan pentingnya menjaga adab dalam kenyataannya, terutamanya dalam suasana kempen pilihan raya.

Selain memohon maaf kepada Sultan Selangor, beliau juga meminta keampunan daripada Menteri Besar Selangor dan rakyat negeri tersebut.

“Patik berjanji untuk lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan pada masa akan datang dan akan memastikan bahawa setia ucapan patik adalah selaras dengan adab sopan budaya Melayu kita,” tambahnya.

Pada 29 Februari lalu, Muhammad Sanusi mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas dua tuduhan berkaitan kata-kata menghasut.

Komen
Loading...